Wednesday, July 22, 2009

Jika Kamu...

JIKA KAMU....


Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang....sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....akhirya kamu kecewa dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makananyang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.,.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...

2 comments:

Anonymous said...

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan
airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari
nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu
kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah
sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.
Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga,
prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan
perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir
kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan
segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus
bersama.

Hamka mengatakan:


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan
melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

renungkan lah wahai kaum adam..

mujahidinislam said...

owh..begitu..syukur la dpt nchat dr u..hehe