Wednesday, August 4, 2010

Kekuatan Islam pada Solat Malam.....



Hayatilah Kelebihan dan Keindahan dalam bangun Solat Malam~~~....
Kekuatan islam ada pada bangun menunaikan solat pada waktu malam...Wallahu'alam..(^_^)

Wednesday, July 14, 2010

"My BiRthday 13 july 1989"..hehe..

~ Assalamu'alaikum to all my "Sahabat-sahabat"...

~firstly..Thanks a lot of u all thats wish me for my "Ulang Tahun Kelahiran ~ 13 July 2010"...hehe..sYukur KeHadrat Allah S.W.T. yg menciptakan, menghidupkan dan memanjangkan serta memberkati umurku..alhamdulillah..:-)...sMoga daku diberi taufik dan hidayah, kekuatan dlm menjalani kehidupan dlm dunia yg fana ini, ditingkatkan iman dan ketakwaan kepada Allah S.W.T., diberkati dan dimurahkan rezeki dunia n akhirat, dan sentiasa hepi n tenang selalu serta diredhai Allah S.W.T.. sentiasa....amiin ya Allah...:-) ~....

Thursday, June 24, 2010

Renung-Renungkanlah....sELaMaT bERaMaL.~~~...

01) Kesusahan hidup di dunia ini berpunca
dari diri sendiri kerana tidak mahu menerima
perjalanan yang hakiki dan sebaliknya mengikut
jejak kafir di dalam mencari bukti...

02) Kata orang arifbillah; pastikan amalan wajib tidak
ditinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunat
(jangan jadikan amalan itu ibarat badan yang
tidak berkepala)...

03) Renungilah maksud Al-Quran yang tersirat mahupun
yang tersurat, ilmu lahir dari sering bermunajat
dan risaukan ummat, itu jelas kita ummat Muhammad...

04) Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan.
Andai kaya, lihatlah pada yang miskin.
Andai miskin, lihatlah pada yang papa,
Lihatlah pada yang cacat dan seterusnya...

05) Renunglah sejarah pengabdian Nabi Nuh,Nabi Ibrahim,
Nabi Musa dan Nabi Isa. Fikir bagaimana kita mampu
mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada Allah S.W.T...

06) Uzlahkan diri dari kesibukan dunia,
Keluhkan lidah dengan perbanyakkan tasbih,
matikan hati dari berangan-angan tentang dunia
(hayati Al-Quran) dan matikan jasad dengan banyak zikrullah...

07) Perbanyakkan memohon doa dan keampunan untuk ibubapa
juga memohon keampunan dari mereka
(eloklah membaca surah Fatehah, Al-Imran, Kahfi)...

08) Perbanyakkan zikir "LA ILAHA ILLALLAH",
Bertasbih dan solat hajat untuk meminta kebaikkan
/terusan amalan (elok membaca surah Fatehah dan Al-kafirun)...

09) Pesan orang arifbillah;

(i) baca fatehah 7x dari subuh-isyrak,
(ii) Yassin 70x dari zuhur-Asar,
(iii) Al-khafi dari Asar-Maghrib,
(iv) 10 surah lazim dari Maghrib-isyak...insyaAllah..:-)

10) Bacalah Fatehah dengan niat menyusuli jalan syahadah
dari Adam a.s hingga Rasulullah s.a.w (wadah fikir)
dan ditambah pula dengan 7x surah Al-Quraisy, Al-Maun
dan Al-kautsar...

11) Perbanyakkan membaca Al-Quran (10 surah lazim)
beserta terjemahannya sambil direnung dan difikir
akan maksud dan pengamalannya bagi menepati
perintah Allah S.W.T...

"""Pesan terhadap diri saya sendiri juga dan tuan2 n puan2
yang melawat blog saya ini..semoga kita semua dirahmati
dan disayangi oleh Allah S.W.T..amiin..:-)"""

Thursday, June 17, 2010

Sentiasa tingkatkan iman melalui pembacaan...:-)

Rindui, sayangi dan cintai Allah S.W.T.sentiasa,
Sayangi diri sendiri,ibu bapa, saudara seislam kita,
agama kita "ISLAM", kuatkan iman sentiasa
serta saling pesan memesan sesama kita manusia..
semoga kita tergolong dpd orang2 yg beriman dan bertakwa
kepada Allah S.W.T di dunia dan di akhirat..amiin..
insyaAllah..sentiasa kita perolehi rahmat daripada
Allah S.W.T..amiin...:-)

01) Kuatkan semangat sempurnakan akhlak,
Perbaiki segala kelemahan diri,
Jadikan masjid tempat menyendiri,
di dinihari bermohon kepada Ilahi...

02) Elakkan diri menjadi islam baka kerana
tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan,
hilang islam hilang iman, tenggelam dalam noda
tenggelam dalam noda...

03) Iman mampu membentuk segala-galanya.
Sempurna iman, maka sempurnalah hidup,
Sempurna hidup yang berjemaah.
sempurna jemaah, menjadi hamba kepada Allah S.W.T...

04) Ramai melihat dan mendengar tentang penceraian keluarga
(kesukaan syaitan), mengapa tidak ditarbiah dengan
perjalanan dan pengalaman iman?...

05) Bala bencana berlaku dimerata-rata.
Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya?
Apakah kita masih seronok dan leka?
Bagaimana pula dengan iman kita?...

06) Jangan salahkan pemimpin kerana pimpinannya,
salahkan diri yang memimpin nafsu sendiri,
Adakah menepati dengan kehendak Ilahi?...

07) Ada 7 tingkatan jalan ibadah iaitu;

(i) ilmu
(ii) taubat
(iii) godaan
(iv) rintangan
(v) pendorong
(vi) kelemahan
(vii) puji kesyukuran

08) Perangi Dunia dengan Akhirat,
Perangi Manusia dengan Kasih sayang,
Perangi syaitan dengan Ibadat (sunnah hidup),
Dan Perangi nafsu dengan Kesyukuran (ibadat)...

09) Iman dan islam itu tidak ada nilai andai
kesempatan melaksananakan iman tidak
diendahkan dengan alasan kesibukkan dunia...

10) Kerosakkan kehidupan manusia adalah
berpunca dari pengaruh terhadap kehidupan
JIN itu sendiri, (Harta, Kuasa, Kemegahan)
yang membawa kepada perbalahan...wallahu 'alam...
"pesan terhadap saya sendiri (^_^)"..insyaAllah..amiin..

Wednesday, June 9, 2010

Aku cinta Allah S.W.T...(lirik lagu n zikir dpd Wali Band)

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah

Tazkirah Harian..



(1) Perangi Dunia dengan Akhirat..
(2) Perangi Manusia dengan Kasih Sayang..
(3) Perangi Syaitan dengan Ibadat (Sunnah hidup)..
(4) Dan Perangi Nafsu dengan Kesyukuran (Ibadah)...

Friday, June 4, 2010

6 Sifat Sahabat Nabi SAW






6 Sifat Sahabat Nabi SAW :

1. Hakikat Kalimah Toyyibah
“Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah”.

2. Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’

3. Hakikat Ilmu & Zikir

4. Hakikat Iqram Muslimin

5. Hakikat Ikhlas Niat

6. Hakikat Khuruj Fiisabiilillah

Wednesday, May 26, 2010

AMALAN YANG MENINGGIKAN MARTABAT MANUSIA

Abu Laith berkata:

1. Banyak bersedekah.
2. Sentiasa membaca Al-Quran.
3. Bersama orang yang mengingati Akhirat.
4. Menghubungkan Silatur Rahim.
5. Menziarahi orang sakit.
6. sedikit bergaul dengan orang kaya yang lupa Akhirat.
7. Banyak berfikir tentang kesudahannya.
8. Diam dan sedikit berbicara.
9. Tawadduk.

Ayat Al-Quran Yang Menyebabkan syaitan Menangis



لكن قبل أن تستأنس بها وتطير فرحاً معها ..لا بد أن تأخذ على نفسك العهد – وهذا دينك – أن تعمل بها
حتى تكون سعيداً ولا تفرط بما يسعدك ويسليك
هذه الآيه:
قال تعالى : {وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ اِلاَّ اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ * أُوْلَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ} آل عمرانالقضية باختصار قرار جرئ وشجاع تتخذه
وبعد ذلك يتغير مجرى حياتك تلقائياً

Surah Ali Imran. Ayat :135.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri[229], mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

[229]. Yang dimaksud perbuatan keji (faahisyah) ialah dosa besar yang mana mudharatnya tidak hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain, seperti zina, riba. Menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa yang mana mudharatnya hanya menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil.

136. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.
Inilah ayat Al-Quran yang amat ditakuti oleh syaitan, jika kita memahami dan terus beramal dengannya.

آل عمرانالقضية باختصار قرار جرئ وشجاع تتخذهوبعد ذلك يتغير مجرى حياتك تلقائياً

Monday, May 24, 2010

Perbaikan Peribadi kita wahai ummat Islam semua!!!!....:-)



(1) Bermula berjalan (menuju) kpd Tuhan adalah dgn
menunaikan hak kpd ibubapa dgn sempurna selagi
ianya tidak melanggar kehendak Allah dan Rasul.

(2) Bermula menunaikan hak ibubapa adalah dgn
melapangkan hati dan jiwa mereka. Lapangkan hati
mereka dgn menunaikan hak siasah mereka beserta
dgn doa.

(3) Jgn tertipu dgn bisikan syaitan yang mahu
menghindarkan kita dari berdoa dan memohon
kesejahteraan, kerana Allah S.W.T. mengarahkan kita
supaya sering meminta dan berdoa kpd-Nya.

(4) Jgn letakkan keEsaan ALLAH di dalam akal fikiran
kita. Setinggi2 ilmu dunia ini yg mampu kita
kecapi hanyalah umpama setitis air di lautan.

(5) Jgn disesali dgn pengalaman pahit di dalam kehidupan
kerana ia adalah satu ilmu,wadah dan panduan di dalam
perjalanan untuk mendapat keredhaan Tuhan.

(6) Ilmu (wahyu) itu datangnya dari langit (malaikat Jibril),
pengetahuan datangnya dari pembacaan dan kuliah,
ilham pula dari pengamatan,renungan dan pengalaman.

(7) Iman itu pada Roh, Ehsan itu pada Hati, Islam itu pada
jiwa, dan Amal itu pada diri.

(8) Beramal yg sedikit dgn istiqamah (tetap) itu adalah
lebih baik dpd beramal yg byk tetapi sekali sekala bila
ada masa terluang sahaja.

(9) Fikir mati itu adalah berfikir bg menyediakan diri untuk
kembali kepada_Nya dgn susunan kehidupan yg sentiasa
bersedia untuk menghadapinya.

(10) Fikir mati itu juga merangkumi penyediaan kpd barisan
pimpinan, sokongan, pelapis dan ekonomi agar apa yg
ditinggalkan akan terus terlaksana sebagai amal jariah.

(11) Jangan bermusuh atau bersangka buruk sesama manusia
selagi kita tidak mengenali latar belakangnya krn
itu adalah bermulanya segala dosa yg membawa kpd dengki
dan khianat.

(12) Kenali malaikat dgn menghafal nama2 mereka b'serta
tugas2nya. Sering2lah b'bisik2 dgn mereka tetapi awas!
jgn t'pedaya pula dgn bisikan syaitan.

(13) Hafallah kesemua cerita 25 para Rasul itu bersama
sejarahnya. Di situlah tersurat masalah yang terkumpul
di akhir zaman ini. Fikir2kanlah...

(14) Hidup ini adalah suatu perjalanan. Perjalanan pula
t'dapat b'bagai ujian. Setiap ujian itu tersirat
hikmahnya. Setipa hikmah menjadi kunci k'ihsanan.

(15) Jgn diri merasa rugi bila berbelanja demi untuk m'cari
keredhaan ilahi. Bermula wadah ilmu itu adalah dgn fikir
yg penuh dgn penghayatan dan bersedekah.

(16) Makan dan minumlah dengan menggunakan tangan kanan
kerana makan dan minum yang menggunakan tangan kiri
itu menyukakan SYAITAN.

(17) Berkat makan itu adalah dimulakan dgn 3 jari selepas
doa makan di baca. Minumlah air setelah 40 tapak
melangkah selepas makan, agar sempurna hadzamnya.

(18) Jgn sesekali menyulam air minum semasa makan kerana
ia boleh melemahkan akal dan fikiran (fikiran tumpul).

(19) Seorang wanita solehan adalah lebih baik dpd 70 org
lelaki soleh. Wanita yg jahat adalah lebih keji dpd
1000 lelaki yg keji.

(20) Pahala jihad boleh diperolehi oleh sesorang isteri
dgn melayan baik dan penuh kasih sayang terhadap
suaminya yang pulang ke rumah dalam keadaan letih
dan lesu.

(21) Kasih sayang di antara suami isteri itu akan
menjemput rahmat Allah S.W.T. dan menghapuskan
perasaan khianat terhadap keduanya.

(22) Tidak ada yang lebih baik bagi seorang lelaki
di akhirat kelak selain dari mampu menyelamatkan
ibubapa, anak2 dan isteri2nya dari api neraka.

(23) Bala Allah akan datang kepada mereka yang berbuat mungkar
juga mereka yang kononnya ALIM tetapi tidak berbuat apa2
terhadap kemungkaran itu.

(24) Anjurkanlah perkara kebaikan walaupun kita belum mampu
melaksanakannya dan cegahlah kemungkaran itu walaupun
kita belum mampu menghentikannya.

(25) Di antara riak pada zahirnya adalah yang orang
mengherdik anak yatim, tidak pedulikan orang miskin
dan tidak mahu menguatkan silaturrahim.

(26) Tidak selamat bagi ummat yang hidup di atas muka bumi
tanpa berbuat kebaikan dan takut mencegah kemungkaran,
maka bala akan datang bertimpa-timpa.

(27) Bermula niat dengan berfikir.Datangnya fikiran melalui
renungan. Datangnya renungan dari muhasabah diri.
Bemulanya muhasabah diri hasil dari pembacaan dan ceramah
kesedaran.

(28) Didiklah nafsu dengan perbanyakkan berpuasa.
Perbanyakkanberzikir, bertasbih solat (nafil)
dan menghayati Al-quran semasa berpuasa itu.

(29) Sebaik2 amalam berpuasa itu adalah sewaktu cuti dari
kerjaya dunia. Berkat puasa itu dengan beriqtikaf di
Masjid atau sura, agar jauh dari gangguan dunia.

(30) Tiada keberkatan hidup tanpa solat. Tidak berguna
puasa tanpa solat. Tidak sempurna solat tanpa 2 kalimah
syahadah.