Thursday, June 17, 2010

Sentiasa tingkatkan iman melalui pembacaan...:-)

Rindui, sayangi dan cintai Allah S.W.T.sentiasa,
Sayangi diri sendiri,ibu bapa, saudara seislam kita,
agama kita "ISLAM", kuatkan iman sentiasa
serta saling pesan memesan sesama kita manusia..
semoga kita tergolong dpd orang2 yg beriman dan bertakwa
kepada Allah S.W.T di dunia dan di akhirat..amiin..
insyaAllah..sentiasa kita perolehi rahmat daripada
Allah S.W.T..amiin...:-)

01) Kuatkan semangat sempurnakan akhlak,
Perbaiki segala kelemahan diri,
Jadikan masjid tempat menyendiri,
di dinihari bermohon kepada Ilahi...

02) Elakkan diri menjadi islam baka kerana
tiada nilai tiada harga. Datang syaitan dengan godaan,
hilang islam hilang iman, tenggelam dalam noda
tenggelam dalam noda...

03) Iman mampu membentuk segala-galanya.
Sempurna iman, maka sempurnalah hidup,
Sempurna hidup yang berjemaah.
sempurna jemaah, menjadi hamba kepada Allah S.W.T...

04) Ramai melihat dan mendengar tentang penceraian keluarga
(kesukaan syaitan), mengapa tidak ditarbiah dengan
perjalanan dan pengalaman iman?...

05) Bala bencana berlaku dimerata-rata.
Apakah dunia sudah sampai ke penghujungnya?
Apakah kita masih seronok dan leka?
Bagaimana pula dengan iman kita?...

06) Jangan salahkan pemimpin kerana pimpinannya,
salahkan diri yang memimpin nafsu sendiri,
Adakah menepati dengan kehendak Ilahi?...

07) Ada 7 tingkatan jalan ibadah iaitu;

(i) ilmu
(ii) taubat
(iii) godaan
(iv) rintangan
(v) pendorong
(vi) kelemahan
(vii) puji kesyukuran

08) Perangi Dunia dengan Akhirat,
Perangi Manusia dengan Kasih sayang,
Perangi syaitan dengan Ibadat (sunnah hidup),
Dan Perangi nafsu dengan Kesyukuran (ibadat)...

09) Iman dan islam itu tidak ada nilai andai
kesempatan melaksananakan iman tidak
diendahkan dengan alasan kesibukkan dunia...

10) Kerosakkan kehidupan manusia adalah
berpunca dari pengaruh terhadap kehidupan
JIN itu sendiri, (Harta, Kuasa, Kemegahan)
yang membawa kepada perbalahan...wallahu 'alam...
"pesan terhadap saya sendiri (^_^)"..insyaAllah..amiin..

No comments: