01) Kesusahan hidup di dunia ini berpunca
dari diri sendiri kerana tidak mahu menerima
perjalanan yang hakiki dan sebaliknya mengikut
jejak kafir di dalam mencari bukti...
02) Kata orang arifbillah; pastikan amalan wajib tidak
ditinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunat
(jangan jadikan amalan itu ibarat badan yang
tidak berkepala)...
03) Renungilah maksud Al-Quran yang tersirat mahupun
yang tersurat, ilmu lahir dari sering bermunajat
dan risaukan ummat, itu jelas kita ummat Muhammad...
04) Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan.
Andai kaya, lihatlah pada yang miskin.
Andai miskin, lihatlah pada yang papa,
Lihatlah pada yang cacat dan seterusnya...
05) Renunglah sejarah pengabdian Nabi Nuh,Nabi Ibrahim,
Nabi Musa dan Nabi Isa. Fikir bagaimana kita mampu
mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada Allah S.W.T...
06) Uzlahkan diri dari kesibukan dunia,
Keluhkan lidah dengan perbanyakkan tasbih,
matikan hati dari berangan-angan tentang dunia
(hayati Al-Quran) dan matikan jasad dengan banyak zikrullah...
07) Perbanyakkan memohon doa dan keampunan untuk ibubapa
juga memohon keampunan dari mereka
(eloklah membaca surah Fatehah, Al-Imran, Kahfi)...
08) Perbanyakkan zikir "LA ILAHA ILLALLAH",
Bertasbih dan solat hajat untuk meminta kebaikkan
/terusan amalan (elok membaca surah Fatehah dan Al-kafirun)...
09) Pesan orang arifbillah;
(i) baca fatehah 7x dari subuh-isyrak,
(ii) Yassin 70x dari zuhur-Asar,
(iii) Al-khafi dari Asar-Maghrib,
(iv) 10 surah lazim dari Maghrib-isyak...insyaAllah..:-)
10) Bacalah Fatehah dengan niat menyusuli jalan syahadah
dari Adam a.s hingga Rasulullah s.a.w (wadah fikir)
dan ditambah pula dengan 7x surah Al-Quraisy, Al-Maun
dan Al-kautsar...
11) Perbanyakkan membaca Al-Quran (10 surah lazim)
beserta terjemahannya sambil direnung dan difikir
akan maksud dan pengamalannya bagi menepati
perintah Allah S.W.T...
"""Pesan terhadap diri saya sendiri juga dan tuan2 n puan2
yang melawat blog saya ini..semoga kita semua dirahmati
dan disayangi oleh Allah S.W.T..amiin..:-)"""
No comments:
Post a Comment